Friday, February 28, 2014

Malaysia catat rekod tertinggi pelaburan RM216.5 bilion pada 2013


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan rekod baharu pelaburan tahun lalu dengan jumlah pelaburan keseluruhan diluluskan berjumlah RM216.5 bilion, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini RM167.8 bilion yang dicatat pada 2012. 

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini. 


Beliau berkata pelaburan diluluskan itu merangkumi 5,669 projek membabitkan 14 projek mega dan 82 projek besar yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan RM100 juta setiap satu, yang majoritinya adalah industri bernilai tinggi dan mencatat pertumbuhan tinggi. 


Sektor perkhidmatan menyumbang sebahagian besar daripada pelaburan diluluskan tahun lalu, mewakili RM144.7 bilion atau 66.8 peratus, diikuti pembuatan RM52.1 bilion (24.1 peratus) dan sektor utama RM19.7 bilion (9.1 peratus).


sumber:::http://www.bharian.com.

MALAYSIA - UNION BUSTING

Four MAS flight attendants sacked for taking part in rally-

PRESS RELEASE - NUFAM - Union Busting

http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2014/02/malaysia-press-conference-nufam-union.html

Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred.

No comments:

Post a Comment