Sunday, March 3, 2013

MTUC gugur setiausaha agung


[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengadakan mesyuarat khas majlis am memutuskan untuk menggugurkan Abdul Halim Mansor sebagai setiausaha agung badan induk kesatuan sekerja itu berkuat kuasa hari ini.
Keputusan itu diambil selaras dengan peruntukan Seksyen 10(5) Perlembagaan MTUC di mana setiausaha agung boleh ditamatkan perkhidmatan meskipun dipilih pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali atas alasan gagal menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan.