Sunday, January 20, 2013

mStar Online : Maklum Balas Majikan Diambil Kira Isu Gaji Minimum - Subramaniam

mStar Online : Maklum Balas Majikan Diambil Kira Isu Gaji Minimum - Subramaniam

JOHOR BARU: Maklum balas daripada pihak majikan terhadap isu levi serta elaun pengangkutan dan perumahan akan diambil kira di dalam perlaksanaan dasar gaji minimum tahun ini, kata Menteri Sumber, Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata, isu terbabit adalah perkara utama yang dibangkitkan semasa dua perbincangan kementeriannya bersama pihak majikan di negara ini sehingga kini.
"Isu-isu terbabit akan dibangkitkan di kabinet dan terpulang kepada Kabinet untuk menentukan tindakan yang akan diambil," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Ponggal anjuran MIC Bahagian Gelang Patah di sini, Ahad.
Mengenai kebimbangan majikan yang terpaksa melepaskan pekerja asing mereka berikutan perlaksanaan dasar itu, beliau berkata itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi bagi pekerja tempatan.
"Kita mahu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan perlaksanaan dasar gaji minimum itu akan menyebabkan pihak majikan memikirkan alternatif untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka," katanya.
Beliau berkata, itu termasuk menstruktur semula operasi dengan memilih sama ada mengamalkan operasi separa automasi atau automasi penuh bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja tidak mahir.
Subramaniam berkata, keperluan terhadap pekerja asing akan terus ada namun kerajaan menyasarkan pengurangan mereka di negara ini secara berperingkat. BERNAMA

UNDANG UNDANG PEKERJAAN ( Huraian dan Panduan Terhadap Akta Kerja 1955)

Gaji minimum di stesen minyak buka peluang kerja - Nasional - Sinar Harian

Gaji minimum di stesen minyak buka peluang kerja - Nasional - Sinar Harian

20 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Peraturan gaji minimum RM900 yang akan dilaksanakan di lebih 3,000 stesen minyak di seluruh negara awal tahun ini mendapat reaksi berbeza di kalangan pekerja tempatan dan warga asing.
 
Pekerja tempatan berharap langkah ini akan dapat menarik minat lebih ramai rakyat tempatan untuk bekerja di stesen minyak dengan pekerja warga asing pula bimbang akan hilang pekerjaan.
 
Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengumumkan 3,640 pengusaha stesen minyak bersetuju melaksanakan peraturan itu.
 
Katanya kadar gaji minimum sebelum ini antara RM600 dan RM700 akan ditingkatkan sebanyak RM900 bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sabah adalah RM800.
 
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini pula melaporkan kira-kira 50,000 pekerja asing di stesen minyak seluruh negara dijangka diberhentikan tahun ini dengan pelaksanaan gaji minimum tersebut.

Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak mendapati pekerja tempatan menyokong peraturan itu bagi memberi peluang kepada golongan pemuda tempat mendapat kerja di stesen minyak.
 
Seorang pekerja am di sebuah stesen minyak di sini, Annuar Alias, 74, menyambut baik usaha mengurangkan pekerja asing di stesen minyak kerana ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan terutama golongan muda.
 
"Orang kita juga ramai yang tidak mempunyai pekerjaan, jadi lebih baik jika diberikan kerja dan membantu ekonomi rakyat sendiri sebelum menolong warga luar. Pengambilan rakyat Malaysia juga akan membantu mengurangkan kadar pengangguran," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa pengusaha stesen minyak cenderung untuk mengambil warga asing terutamanya dari negara Bangladesh kerana sikap mereka yang rajin serta boleh dibayar gaji yang murah.
 
Penyelia di stesen minyak Shell, Faizul Ahmad, 28, menyokong supaya lebih banyak peluang pekerjaan diberikan kepada warga tempatan kerana selain mereka diberikan gaji yang memuaskan sebahagian kecil daripadanya dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain dilindungi insurans.

"Mereka yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau golongan siswazah yang baru tamat pengajian boleh mengisi kekosongan yang ada dan pada masa yang sama menyimpan wang sementara tidak mendapat pekerjaan tetap," katanya.
 
Sementara itu, pekerja warga asing pula melahirkan rasa bimbang mereka akan diberhentikan apabila tamat kontrak dan terpaksa mencari pekerjaan lain atau pulang ke negara asal.
 
Seorang rakyat Bangladesh, Muhammad Ikhlas, 28, berkata beliau berharap masih dibenarkan untuk bekerja di sini kerana gaji yang diterima membolehkan keluarganya di Dhaka hidup dalam keadaan yang selesa.
 
Muhammad yang telah dua tahun bekerja di sebuah stesen minyak di ibu negara berkata beliau berjimat dalam menggunakan gaji RM900 supaya dapat menghantar RM400 sebulan kepada keluarga.
 
"Wang itu digunakan untuk menampung ahli keluarga seramai lima orang termasuk seorang anak, jadi saya perlu terus mencari wang untuk mereka," katanya, sambil menambah Malaysia ialah negara lubuk rezeki bagi warga asing.
 
Rakan senegaranya, Saddam Hossain, 22, juga berharap tidak diberhentikan kerana wang gajinya digunakan untuk menanggung perbelanjaan ibu, ayah dan dua kakaknya yang masih belum berkahwin yang menetap di Komilla, Bangladesh.
 
Bagaimanapun, Saddam yang telah tiga tahun berada di negara ini berkata beliau akan mencari pekerjaan lain di negara ini jika diberhentikan. - Bernama

mStar Online : Dasar Gaji Minimum Elak Pengambilan Tidak Wajar Terhadap Pekerja Asing

mStar Online : Dasar Gaji Minimum Elak Pengambilan Tidak Wajar Terhadap Pekerja Asing
JOHOR BAHRU: Dasar gaji minimum, di mana berkuat kuasa pada tahun ini, bertujuan untuk mengelak daripada pengambilan tidak wajar terhadap pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Sebagai contoh di stesen minyak, beliau berkata, masyarakat perlu menerima idea khidmat layan diri apabila mengisi minyak untuk kereta mereka.
Peniaga stesen minyak telah melaksanakan gaji minimum pada 1 Januari, dengan menghentikan kira-kira 50,000 pekerja asing.
“Perubahan itu akan dilihat yang tidak akan berlaku dalam masa sehari,” katanya sambil menambah bahawa dasar gaji minimum turut dilaksanakan untuk menyalurkan pekerja ke sektor-sektor lain yang diperlukan untuk tenaga kerja.
Beliau berkata, tiada peruntukan dalam undang-undang pada masa ini yang membolehkan syarikat menangguhkan pelaksanaan dasar itu.
“Majikan perlu melaksanakannya dengan dasar baru tetapi sekiranya mereka mempunyai masalah, mereka boleh menyuarakan kebimbangan itu kepada kita dan kita akan cuba membantu mereka,” katanya.
Dasar gaji minimum itu meminta syarikat supaya membayar gaji minimum sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Subramaniam berkata, kementerian turut berbincang dengan para majikan mengenai isu berkaitan dengan levi dan elaun untuk penginapan dan pengangkutan bagi pekerja.
“Majikan mahu levi dan elaun ditanggung oleh pekerja. Isu itu akan bergantung kepada Kabinet untuk memutuskan apakah tindakan yang boleh diambil,” katanya.

THAI strike delays flights

THAI strike delays flights | Bangkok Post: news


The strike began on Friday in protest against the THAI board's decision to pay a 2012 bonus of just one month's salary and to limit salary increases to 4%.
A THAI spokesman said that around 400 ground staff were involved in the strike, resulting in delays of 15-20 minutes for at least 30 flights.
Baggage check-in was slow as only contract staff were available. However, no flights had been cancelled, he said.
THAI labour union president Jaemsri Sukchoterat insisted on Saturday that the ground staff would continue their strike until THAI chairman Ampon Kittiampon complied with their demands. If he did not, she said, he must be dismissed.
The union wants a two-month bonus and a maximum salary increase of 7.5%, noting that the airline was highly profitable in 2012.

 

The strikers did not want to talk with Mr Ampon but want Prime Minister Yingluck Shinawatra to step in to settle the dispute, Mrs Jaemsri said late Saturday afternoon.

Mr Ampon said earlier that the one-month bonus payments as approved would amount to about one billion baht out of the airline's 2012 net profit.
Mrs Jaemsri maintained that the higher bonus and salary increase would cost only 500 million baht, the same amount as in 2010 when THAI earned 7 billion baht in net profit.
"Most THAI employees want the dismissal of Mr Ampon as the board chairman," she said. "They also reject any talks with him as it is now too late. We tried to arrange the talks but were rejected."
She threatened that if Mr Ampon were not dismissed, no flights would be allowed to take off from Suvarnabhumi Airport.
THAI president Sorajak Kasemsuvan said on Friday that net profit for 2012 was expected to exceed its estimate by 700 million baht. He declined to elaborate pending a report to the Stock Exchange of Thailand later this month.
In the first nine months of 2012, THAI earned a net profit of 3.86 billion baht, compared with a net loss of 4.8 billion in the same period in 2100.
Transport Minister Chatchart Sithipan on Saturday that he had ordered Mr Sorajak to immediately hold talks with the striking ground staff.
Mr Chatchart warned that if the strike affected passengers and flights at the airport, stringent penalties would be imposed against the strikers.
Mr Ampon said THAI intended to divide its profits into three parts. The first part will be for paying bonuses to staff, estimated at one billion baht.
A second part of the profit will be reserved for dividends to shareholders, and the third will be for business expansion, he added.
Mr Sorajak cautioned on Friday that the airline had to be careful with currency management this year given the rapid appreciation of the baht in recent months. The national carrier earns about 70% of its revenue in foreign currencies, mainly dollars.
He said the healthy results in 2012 reflected a high cabin factor of 76.6%, the highest in five years, helped by a worldwide marketing drive. The airline's revenue target this year was 223 billion baht, representing 11% growth, he added.
Airports of Thailand, meanwhile, said on Saturday said the main cause of flight delays was not the strike, but bad weather overseas.
Passengers planning to travel can get flight updates by calling THAI at 02-356-1111.