Wednesday, August 28, 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) - Mengapa BANTAH?


:ITUC launches petition to halt TPP trade negotiations

Send a message to your Trade Minister - Show us the text! click link >> sign PETITION http://act.equaltimes.org/tpp

Pada 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 “isu tidak selesai”. Antara penentang utama FTA ketika itu ialah Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan. Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.’ YB Khairy Jamaludin, yang ketika itu sehinggakan turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik. Jadi mengapakah kerajaan beriya-iya kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.


Kenapa Trans-Pasifik? 
Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan. TPPA ialah unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.


Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei. Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil. Hal ini menjadikan Malaysia
 sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.


Bagi negara yang sudahpun mempunyai perjanjian dua-hala sedia ada FTA dengan Amerika, TPPA mungkin hanya melibatkan perubahan kecil kepada status perjanjian sedia ada. Tetapi untuk sebuah negara yang skala ekonominya kecil, TPPA bakal meninggalkan kesan yang lebih besar.


Rundingan pertama TPPA diadakan pada March 2010 melibatkan lapan buah negara, Malaysia menyertainya pada Disember 2010, di ikuti oleh Mexico dan Kanada pada Disember 2012. Baru-baru ini, Jepun menyertai rundingan pusingan di Kota Kinabalu.

Perjanjian FTA antara Amerika dan Singapura, Korea Selatan dan Chile boleh disandarkan sebagai panduan untuk kita melihat apa yang boleh diharapkan daripada TPPA. FTA-FTA ini juga tidak banyak berbeza antara satu sama lain, dengan perbezaan kurang daripada 5% secara puratanya. Hal ini membawa kepada kita merumuskan bahawa Amerika melihat TPPA ini sebagai hanya satu daripada perjanjian-perjanjiannya yang menggunakan kerangka ‘standard’. Mereka kelihatan tidak akan melayan “kerenah-kerenah” dan kehendak negara-negara yang lebih kecil ini (dikenali sebagai ‘pengecualian’) di meja rundingan.


Kandungan teks TPPA juga sulit dan rundingan dijalankan secara tertutup. Hanya lima bab yang ketirisan secara tidak sengaja kepada orang awam
 iaitu Pelaburan, Harta Intelek, Perdagangan dan Sekatan, dan Garis Panduan Kawal Selia. MITI melaporkan hampir 14 bab daripada 29 bab yang dibincangkan sudahpun dipersetujui dan disimpulkan.


Tentang Pelaburan dan Kedaulatan


Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa ‘Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)’ dan ‘State-To-State Dispute Settlement’ (SSDS). ISDS ialah peruntukan dibawah Bab Pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi. TPPA bakal memperkuat “keadilan korporat” merentasi semua negara atas alasan “kesaksamaan dan kesama rataan”.


Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara-negara rakan TPPA mereka. Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara,
 melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.


Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang merbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beserta faedah. Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha LYNAS, misalnya.


Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelansungan perniagaan! Kita masih ingat bagaimana Mexico di saman Dollar AS16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik merbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.

Kes-kes mahkamah sedemikian benar-benar berlaku. Pada bulan 8 November 2012, syarikat gas Amerika Syarikat, Lone Pine Resources Inc., telah memfailkan notis bahawa berhasrat menyaman kerajaan Kanada di bawah peruntukan kontroversi dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (North-American Free Trade Agreement, NAFTA)kerana melarangkan penggunaan “fracking”, iaitu process menggerudi dan menyuntik cecair ke dalam tanah pada tekanan yang tinggi bagi memecahkan batu syal untuk melepaskan gas asli yang terkandung di dalam. Lone Pine Resources Inc. menuntut lebih daripada $250 juta sebagai pampasan.[6]
Selain itu, KPRU turut mengumpulkan beberapa kes mahkamah sebagai rujukan, di mana syarikat transnasional atau multinasional telah menyaman pihak kerajaan dengan menggunakan peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (North American Free Trade Agreement, NAFTA) dalam isu berkaitan dengan alam sekitar.
Jadual 1: Kes dan Tuntutan di bawah NAFTA
SyarikatTempatTuntutan spampasan ($AS)Status kesIsu-isu
Ethyl14 April 1997* UNCITRAL$250 milionKes diselesaikan; Ethyl menang dan mendapat $13 milionSyarikat kimia Amerika Syarikat mencabar kerajaan Kanada ekoran mengharamkan penggunaan petrol tambahan MMT atas pertimbangan pemeliharaan alam sekitar.Pada Julai 1998, Kanada kalah dalam perbicaraan dan diperintah menarik balik pengharaman tersebut dan membayar $13 milion sebagai pampasan ganti rugi dan yuran guaman kepada Enthyl.
S.D. Myers22 Julai 1998*30 Oktober 1998**UNICITRAL$20 milionS.D. Myers menang dan mendapat $5 milionSyarikat rawatan sisal Amerika Syarikat mencabar pengharaman Kanada sementera terhadap eksport PCB bagi mematuhi perjanjian alam sekitar pelbagai hala mengenai perdagangan sisa toksik.
(Exxon) Mobil Investments and Murphy Oil2 Ogos 2007*1 November 2007**ICSID$60 milionMobil menangSyarikat minyak Amerika Syarikat mencabar garis panduan tentang penyelidikan dan perbelanjaan pembangunan yang diadakan oleh Lembaga Petroleum Luar Pesisir Kanada-Newfoundland yang mewajibkan firma pengeluaran minyak membayar yuran sebagai sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D)di wilayah termiskin di Kanada. Hal ini demikian kerana pembangunan telaga minyak pesisir luar di wilayah tersebut dilihat jauh lebih besar daripada jangkaan selepas suntikan dana awam dan swasta yang signifikan dan perkembangan tersebut menyebabkan kerajaan mengadakan pelbagai langkah berkenaan. Penuntut NAFTA menyatakan bahawa garis panduan tersebut telah melanggari peruntukan NAFTA.Pihak pelabur menang dalam kes tersebut namun amaun denda tidak diumumkan bagi pengetahuan masyarakat.
Waste Management30 Jun 1998*29 September 1998**
Dikemukakan semula: 28 September 2000
ICSID$60 milionDiberhentikanSyarikat pelupusan sisa gergasi Amerika Syarikat mencabar pembatalan konsesi pelupusan sisa oleh City of Acapulo. Kes ini turut dikatkan dengan fungsi mahkamah Mexico dan tindakan bank-bank kerajaan Mexico.
*Menunjukkan tarikh Notis Niat difailkan
** Menunjukkan tarikh Notis Timbangtara difailkan
Menurut maklumat yang terkumpul oleh Public Citizen[7], sejumlah 80 kes tuntutan telah difailkan di bawah perjanjian NAFTA atau perjanjian perdagangan antarabangsa yang serupa, 17 kes diberhentikan dalam proses perbicaraan dan 13 kes pula dimenangi oleh pihak pelabur asing dengan sejumlah $379.7 milion terpaksa dibayar sebagai pampasan kepada pelabur tersebut.


Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya.


Tentang Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas

Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan ianya sekitar RM23 juta dan ke atas. Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25% daripada KDN Malaysia.


Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94% daripada perolehan kerajaan Amerika diperolehi oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6% diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia. Betapa terhadnya potensi yang diperolehi daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika! Apakah yang akan terjadi kepada kontraktor tempatan kita terutamanya kontraktor minyak dan gas? Mampukah walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju? Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME). Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industry gas dan minyak tempatan juga nampaknya bakal tersingkir daripada persaingan ini.


Tentang SME dan Pertanian

TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang.
Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada  pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan.


Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian.Walau bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90% syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat-syarikat gergasi pertanian daripada negara-negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45%, kacang soya 32% dan kapas sebanyak 52%. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM 1.40/ kg- apakah yang akan terjadi kepada BERNAS, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?


Tentang Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta

Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.


Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. Ini termasuklah ‘digital commons’ atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.


Tentang kawalan Tembakau dan Kesihatan Awam

Tembakau bukanlah produk biasa yang profil permintaannya seperti produk-produk biasa- sebagaimana mahal pun tetap akan ada pembelinya. Rokok membunuh sekurang-kurangnya 50% daripada penggunanya. Malaysia dan juga negara-negara lain dalam TPP kecuali Amerika, ahli kepada ‘WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang mensyaratkan supaya negara-negara ahli meregulasikan industri tembakau, mengurangkan penggunaannya dan menyekat insentif kepada industri tembakau. FCTC merupakan perjanjian antarabangsa yang mengikat Malaysia sebagai ahli yang bermaksud untuk mewujudkan dasar kebangsaan yang bermatlamat mengurangkan penggunaan tembakau dan meregulasikan industri tembakau.


Banyak syarat dalam banyak bab-bab TPPA bertentangan dengan FCTC. Hal ini menimbulkan kebimbangan terutamanya mengenai potensi konflik di masa depan. Isu ini menjadi lebih penting apabila kita menimbangkan kesan negatif kepada kesihatan awam dalam masyarakat yang tinggi penggunaan tembakaunya.

Tentang Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control)

Salah satu kesan utama TPPA ialah pengehadan kemampuan kita untuk melaksanakan kawalan modal. Menurut Reinhart & Roghoff (2009), situasi pergerakan kapital antarabangsa yang tinggi selalunya menimbulkan krisis perbankan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada Malaysia dan rantau sebelah sini pada tahun 1997, yang juga telah banyak kali berlaku dalam sejarah perbankan. Apabila sistem kewangan diregulasikan dengan baik, kemungkinan untuk kitaran kegawatan kewangan dapat dikawal, atau sekurangnya melindungi situasi ekonomi daripada terdedah kepada kitaran kegawatan kewangan yang banyak kali kita saksikan kerana persekitaran ekonomi yang bebas tanpa kawalan.


Hal ini bukanlah bertujuan untuk menentang usaha meliberalisasikan ekonomi demi meujudkan persekitaran ekonomi yang lebih berkesan, malah bukan juga untuk merosakkan peluang Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Tetapi, ia bertujuan untuk bertindak sebagai “shock absorber” atau penyerap hentakan akibat daripada krisis-krisis ekonomi yang cenderung kepada ekonomi-ekonomi yang lebih liberal. Hal ini penting terutamanya untuk perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan Malaysia yang masih lagi setahun jagung untuk menghadapi saingan asing. Bukanlah satu kebobrokan pun untuk kita menyiapkan diri dengan satu sistem kawalan modal sementara seperti yang kita laksanakan ketika Krisis Kewangan Asia. Malah IMF sendiri mengakui keberkesanan kawalan modal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding Indonesia dan Thailand.


Tentang Telekomunikasi

Bahagian telekomunikasi dalam FTA yang juga dibincangkan dalam TPPA merupakan antara bahagian yang wajar diberikan perhatian. Rancangan telekomunikasi adalah untuk mempromosikan persaingan ke atas pembekal telekomunikasi dalam kalangan negara anggota TPPA. Perusahaan telekomunikasi daripada negara-negara rakan TPPA akan diberikan akses kepada jaringan kemudahan telekomunikasi awam sedia ada melalui jaringan kemudahan dan akses kemudahan fizikal. Dalam kes Malaysia, kita prihatin terhadap keupayaan TM Berhad yang selama ini telah membangunkan infrastruktur fizikal telekomunikasi di Malaysia dan menghubungkan negara dengan jaringan kabel fiber optik kelajuan tinggi melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP). Apabila pesaing asing dibekalkan akses untuk menggunakan infrastruktur sedia ada, tentu sekali tekanan hebat ke atas prospek keutungan TM menyusul, malah mungkin mengheret syarikat gergasi telekomunikasi ke dalam krisis dan tutup kedai.


Masalah Cukai Ekport

Cukai ekport dikenakan kepada pengekport barangan utama. Cukai ini berfungsi melalui dua cara; menaikkan pendapatan kerajaan dan membangunkan industri perantara tempatan. Cukai ekport menaikkan harga bahan mentah dalam pasaran ekport menyebabkan produk akhir yang dihasilkan oleh pasaran tempatan lebih murah dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan oleh pasaran luar. TPPA mahu mengubah perkara ini.


Dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai ekport, negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eksportnya masih barangan mentah, akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber-sumber kita dengan harga yang jauh lebih murah, seterusnya membunuh pengeluar industri perantara tempatan seperti pembekal kelengkapan teknologi dan perabot, industri penapisan kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. Tidak keterlaluan jika saya katakan potensi kesan ini hampir sama dengan tindakan penjajah mengambil segala sumber kekayaan asli kita satu ketika dahulu!


Mitos Perdagangan dan FDI

Kembali kepada isu perdagangan, jangkaan manfaat yang diperolehi daripada menandatangani FTA dengan Amerika akan terlihat melalui pendapatan yang tinggi dalam faedah perdagangan. Bagaimana, sebuah negara yang secara relatifnya mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat seperti Singapura, menyaksikan peningkatan pula dalam deficit perdagangan bermula dengan USD 1.4 bilion pada 2003 apabila mereka menandatangani perjanjian, kepada USD 4.3 bilion pada 2004, USD 6.9 bilion pada 2006 kepada USD 10.5 bilion pada 2012.

Menurut laporan United Nations, tiada bukti atau korelasi yang menunjukkan peningkatan pelaburan asing (FDI) yang berkualiti daripada perjanjian-perjanjian perdagangan dua-hala selama ini. Benar, jika kita tidak menyertai TPPA, kemungkinan trade diversion atau perdagangan yang ‘lari’ daripada Malaysia kepada negara-negara TPPA tidak dapat dinafikan. Namun kerugian daripada trade diversion ini haruslah jelas dan dipastikan mempunyai manfaat yang lebih besar berbanding pelbagai musibah dan kerugian yang dibawa oleh TPPA kepada aspek-aspek lain ekonomi negara.


Protes Dunia kepada FTA Amerika

Bukan asing Negara seluruh dunia memprotes perjanjian FTA dengan Amerika. Di Guatemala, dua orang mati berdemonstrasi, dan rakyat Guatemala mengheret kerajaan ke mahkamah kerana dakwaan FTA terbabit mencabuli hampir 130 akta dalam perlembagaan Guatemala. Di Ecuador pula, darurat diisytiharkan kerana demonstrasi besar-besaran. Ketua rundingan Thailand dan Colombia pernah meletakkan jawatan kerana protes hasil rundingan dengan Amerika. Di Korea Selatan, seorang membakar dirinya sendiri sehingga mati bagi memprotes FTA dengan Amerika, yang hanya diluluskan oleh Parlimen selepas kerajaan pemerintah mengurung pihak pembangkang.


Negara seperti Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay, Uruguay, Venezuela, Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Namibia dan Swaziland juga sebelum ini terlibat dalam rundingan dengan Amerika untuk FTA tetapi kesemua rundingan itu gagal tanpa ditandatangani.

Di Malaysia, 
Third World Network (TWN) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bergerak di hadapan menentang isu FTA Amerika-Malaysia sejak 2008, dan melanjutkan penentangan terhadap TPPA. Usaha lebih menonjol juga muncul kebelakangan ini untuk menyentuh isi rundingan TPPA melalui sebahagian bab yang tertiris kepada pengetahuan orang awam. Pada 6 Jun 2013, YB Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan kerahsiaan rundingan TPPA dan bertanyakan soalan penting; adakah Malaysia merancang untuk menggadaikan kedaulatan negara hanya untuk tujuan perdagangan bebas? Mewakili Pakatan Rakyat, beliau secara konsisten dan gigih telah memberikan tekanan yang membawa kepada penubuhan parliamentary caucus dan peningkatan penglibatan daripada MITI.


Pada masa yang sama, momentum penentangan terus dibina oleh badan bukan kerajaan seperti BLINDSPOT, MTEM, MAC, MTUC, GBM, IKRAM yang terus-menerus mengadakan forum awam untuk meningkatkan kesedaran awam. Usaha ini menggalakan orang awam untuk menuntut hak bersama daripada kerajaan dalam rundingan. Profil ternama seperti Tun Mahathir dan Liow Tiong Lai juga secara terbuka memberikan penentangan kepada TPPA yang menuntut perhatian rakyat dalam isu ini.


Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH TPPA)

Badan Bertindak Bantah TPPA, atau dikenali dengan nama ringkas BANTAH TPPA, ialah gabungan 52 badan bukan kerajaan dan 7 Jawatankuasa Bersama yang dibentuk untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap TPPA bagi memastikan Malaysia memperolehi manfaat terbaik daripada TPPA. Kami berpendapat TPPA ini wujud di tengah-tengah harapan sebilangan kecil syarikat multinasional yang mencari keuntungan komersial hasil daripada bab-bab dalam rundingan, dan juga kebimbangan benar organisasi-organisasi masyarakat sivil yang mewakili rakyat 12 buah negara dalam TPPA. Hakikatnya, TPPA bukanlah satu FTA yang mempromosikan perdagangan bebas semata-mata, kerana ia memelihara kepentingan syarikat gergasi dalam industri terpilih. TPPA bertujuan memastikan perlindungan dan kepentingan korporat yang mengatasi kebajikan awam, keselamatan dan kepentingan sosio-ekonomi negara-negara yang ekonominya jelas lemah berbanding gergasi ekonomi dalam rundingan ini, yakni Amerika.


Perlu diingatkan bahawa Amerika
 dibantu oleh jawatankuasa penasihat khas terdiri daripada 1,000 orang pakar. Kami menuntut yang sama untuk Malaysia. Satu kajian oleh UNDP tidak mencukupi untuk meyakinkan orang awam bahawa kehidupan kami dan anak cucu kami tidak terancam. Melihat kepada rekod, Malaysia bukanlah pakar yang mahir dalam rundingan, kehilangan Blok L dan M, perjanjian berat sebelah air dengan Singapura, dan Pulau Batu Putih, sekadar menjadi contoh. Pasukan perunding daripada MITI semata-mata tidak boleh dibiarkan menentukan nasih seluruh rakyat Malaysia.


Akhirnya, BANTAH TPPA menuntut supaya Kerajaan Malaysia menggantungkan rundingan atau keluar daripada TPPA sehinggalah sebuah kajian menyeluruh analisis kos dan faedah serta kajian perbandingan dilakukan, dihebahkan kepada umum dan dibincangkan oleh semua pihak di Malaysia, teks rundingan dibentangkan, dianalisis dan dinilai oleh parlimen untuk memastikan bahawa rundingan TPPA yang dijalankan memihak kepada kedudukan dan kepentingan Malaysia, dan kebimbangan mengenai pelbagai isu dimasukkan dalam  pendirian dan dibincangkan  dalam rundingan TPPA; serta akhirnya satu referendum popular dilakukan untuk menentukan sejauh mana rakyat Malaysia menyokong kerajaan mereka untuk menandatangani dan meratifikasikan TPPA.


Kami menuntut supaya kerajaan mengamalkan pendirian telus dalam hal ini dan semua kebimbangan pelbagai pihak berkepentingan dalam kalangan rakyat Malaysia dipertimbangkan dalam pusingan rundingan. Jika tidak, tarik diri daripada rundingan TPPA secara berhemah. Garis panduan tentang faedah-faedah perjanjian FTA yang hanya teori-teori buku teks tidak mencukupi; TPPA mungkin kelihatan seperti perjanjian FTA di atas kertas, tetapi hakikat pelaksanaannya menunjukkan impak lebih besar kepada kedaulatan negara.


Perhatian dan empati diperlukan daripada masyarakat sivil, ahli akademik, pakar dan pengamal industri malah orang awam yang prihatin terhadap masa depan Malaysia mesti mencari maklumat, cuba memahami, bersuara dan menulis bagi menyumbang kepada usaha kita untuk menuntut yang terbaik daripada rundingan. Jika tidak, lebih baik ucapkan selamat tinggal kepada Amerika dan cabut lari sebelum terlambat.


sunbangan artikel dari *Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA dan bertweet di @aafaizli

ISU TPPA DARI PERSPEKTIF MAHASISWA

Kebelakangan ini, Malaysia dihimpit dengan pelbagai persoalan pembuatan dasar dalam dan luar Negara terutama dalam hal ehwal ekonomi semasa. Isu yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan perundingan persefahaman Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik atau lebih dikenali dengan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Perjanjian ini telah melibatkan 12 buah negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New  Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.
Perjalanan perundingan TPPA ini tampaknya tidak melalui satu sesi konsultasi yang menyeluruh yang mana ketelusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam berkongsi maklumat dan teks penuh mengenai perjanjian secara multilateral ini masih lagi dipersoalkan. Rentetan daripada keengganan pihak MITI dalam mendedahkan maklumat yang penting kepada masyarakat awam, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), selaku Ketua Badan Bertindak Bantah Pelaksanaan TPPA Malaysia telah menggesa agar pihak kerajaan perlu lebih berhati-hati dengan sebarang perjanjian yang melibatkan Negara asing terutama Negara maju agar kepentingan Negara Malaysia tidak tergadai hanya dengan melalui satu perjanjian. Oleh yang demikian, pandangan rakyat sebagai stakeholder harus diambilkira dalam menggalakkan penyertaan masyarakat awam khususnya dalam proses pembuatan dasar Negara.
“Pemimpin yang hebat tidak akan mampu mengekalkan kehebatannya seandainya tiada proses perbincangan (syura) bersama-sama dengan pengikutnya”, Tuan Haji Ahmad Azam, Naib Pesiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). ALLAH telah membimbing kita dengan petunjukNya melalui surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :
“Maka disebabkan rahmat dari ALLAH-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka dan bemusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.
Manakala dalil di dalam hadith Nabi adalah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Bantu-membantulah kamu di dalam urusan-urusan kamu denganmusyawarah“. Konsep syura memperlihatkan keadilan yang cuba ditonjolkan oleh Islam ke arah melahirkan kerajaan dan kepimpinan yang tidak pilih kasih dan jauh dari penindasan juga kezaliman.
Jelas sekali, dalam proses pembuatan keputusan tidak kira sama ada di peringkat lokal atau global, prinsip syura atau konsultasi mestilah dititikberatkan oleh setiap yang bergelar pemimpin dan pengikut kerana ia melibatkan isu kepentingan awam dan kemaslahatan serta kebajikan rakyat jelata dalam survival sosio-ekonomi Negara. Dalam isu terkini, seharusnya pihak MITI lebih terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan pelbagai pihak sebelum menandatangani sebarang perjanjian yang umum mengetahui ianya bakal memberi impak secara langsung terhadap lansdkap politik, ekonomi dan sosial Negara Malaysia.
Beberapa siri perundingan TPPA yang dihadiri oleh MITI telah selesai membincangkan 14 bab daripada 29 bab dalam TPPA antaranya termasuklah bab telekomunikasi, adat, pembangunan, prasarana perniagaan dan lain-lain. Namun, di manakah ruang yang MITI berikan kepada rakyat sebagai stakeholder utama dalam menyalurkan pandangan dan idea dalam bab-bab yang telah dirunding bersama negara-negara yang terlibat tersebut? Memandangkan proses ini tidak berlaku, justeru kami mengharapkan ketelusan daripada pihak MITI berhubung dengan penglibatan Malaysia dalam perjanjian ini.
Pelbagai persoalan yang tidak mampu dirungkaikan oleh pihak MITI secara jelas dan komprehensif. Hal ini temasuklah tentang persoalan Negara manakah akan merasai manfaat terbanyak dalam perjanjian ini? Berapakah threshold atau nilai peruntukan yang dipersetujui oleh Malaysia dalam perjanjian ini? Adakah perjanjian seumpama ini akan meningkatkan kos perubatan hasil daripada kesan langsung pelanjutan hak cipta atau paten ubat-ubatan? Adakah pembukaan kontrak kerajaan kepada syarikat asing akan mengehadkan peluang mendapatkan tender oleh syarikat tempatan? Apakah jaminan terhadap peluang pekerjaan bagi graduan-graduan lepasan universiti tempatan? Adakah perjanjian ini akan mengehadkan akses terhadap ilmu pengetahuan apabila undang-undang hak cipta menjadi lebih ketat? Apakah kesan terhadap polisi-polisi alam sekitar yang telah digubal oleh kerajaan Malaysia? Apakah nasib para petani Malaysia sekiranya tarif hasil ladang Amerika dikurangkan? Akhir sekali, adakah tindakan undang-undang akan diambil ke atas Malaysia berikutan tidak mematuhi mana-mana bab atau klausa dalam perjanjian ini? Persoalan-persoalan ini mestilah dijawab oleh pihak MITI secara telus dan berhemah demi menjawab kerisauan pemain-pemain industri yang akan menerima impak secara langsung atas setiap perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai echelon atau pelapis kepimpinan Negara pada masa hadapan adalah menjadi tanggungjawab mahasiswa bagi menyikapi isu ini dengan ilmu dan kemahiran yang ditimba di menara gading sesuai dengan fungsi sosial mahasiswa sebagai juru bicara umat. Isu yang dibangkitkan bukanlah isu yang enteng. Ianya wajar ditangani dengan kemahiran bacaan ekonomi semasa dan pengalaman daripada golongan-golongan yang berkelayakan untuk berbicara mengenainya termasuklah golongan cendekiawan dan mahasiswa. Menjadi kerisauan kita terutama warganegara kepada  sebuah Negara yang berdaulat tentang agenda kolonialisasi moden yang sedang berjalan secara halus terutama dalam bidang ekonomi. Kita tidak mahu sejarah silam berulang kembali sebagaimana yang berlaku dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menjadi entry point atau laluan yang sah terhadap penjajah British untuk menjalankan misi imperialisme di tanah air kita. “Those who forget the past are  condemned to repeat it”. Begitulah yang diungkapkan oleh George Santayana, ahli falsafah Barat yang memaknai isu yang melatari sisi-sisi kehidupan masa kini.
Oleh yang demikian, PKPIM  menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Negara agar mengertakna (mengerti dan cakna) akan isu yang dibincangkan dan seterusnya berganding bahu dalam mencorakkan prasarana ekonomi Negara yang berpaksikan keadilan sosial dan menyantuni semua golongan dan lapisan masyarakat di Malaysia. PKPIM menyambut baik usaha pihak MITI dalam menganjurkan Open Day atau Rumah Terbuka pada 1 Ogos 2013 ini demi menjelaskan kepada masyarakat umum tentang agenda yang ingin dilaksanakan. Namun begitu, ketelusan dan kejujuran oleh pihak MITI amatlah diharapkan dalam menjunjung amanah rakyat untuk mengemudi pemerintahan Negara yang tercinta ini. Hal ini demi mengekalkan keharmonian dan seterusnya mencapai aspirasi masyarakat negara Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur(negara yang subur, makmur, adil dan aman). InsyaALLAH. Hidup Biar Berjasa. Suara Mahasiswa!
SITI AISHAH MOHD RAIS
Exco Ekonomi
PKPIM sesi 2012/2013

KPRU: MITI Wajar Bentang Laporan Parlimen TPP Pada 23 September

Rundingan ke-18 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement, TPPA) telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dari 15 Julai hingga 25 Julai lepas. Rundingan ke-19 yang seterusnya pula akan dibuka tirai di Brunei dari 22 Ogos hingga 30 Ogos 2013.
Pelbagai pihak telah menzahirkan kebimbangan terhadap rundingan Perjanjian TPP yang dilakukan dalam suasana ‘penuh rahsia’ tanpa pembentangan dan perbahasan di Parlimen, termasuklah wakil rakyat sama ada daripada pihak pemerintah, mahupun daripada pihak oposisi, dan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO). Memandangkan perundingan Perjanjian TPP diadakan di bawah pintu tertutup dan butiran terperinci kekal sulit sehingga hari ini, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa sebuah laporan Parlimen yang lengkap dengan perkembangan dan isu rundingan TPP harus dibentang dalam sesi mesyuarat kedua, penggal pertama Parlimen Ketiga Belas yang bakal diadakan pada 23 September akan datang. Laporan Parlimen seumpama telah dikemukakan di Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pada 17 Jun 2013, sepasukan penyelidik Amerika Syarikat telah menyediakan sebuah laporan bertajuk “Rundingan TPP dan Isu untuk Kongress” (The Trans-Pacific Partnership Negotiations and Issues for Congress) yang merangkumi pelbagai isu teras dalam rundingan Perjanjian TPP, termasuklah juga latar belakang Perjanjian TPP, perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada atau hubungan perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan negara-negara yang berkaitan, serta sebagainya untuk pengetahuan Kongress Amerika Syarikat. KPRU berpendapat bahawa, apabila berdepan dengan dasar kontroversi, pihak kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam isu TPPA haruslah lebih bertanggungjawab kepada Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia yang berhak mengetahui tentang status dan pendirian negara kita berkenaan perundingan berkaitan. Laporan sedemikian adalah mustahak sebagai analisis kos-dan-manfaat (cost-and-benefit) atau kajian perbandingan faedah (comparative advantage study) bagi mengetengahkan dan menjamin kepentingan negara dan rakyat.
Kecacatan dalam penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS)
Sesungguhnya, perundingan Perjanjian TPP telah menimbulkan pertelingkahan di kalangan masyarakat, terutamanya dikritik dan ditolak oleh kumpulan aktivis dan wakil rakyat, akibat kerahsiaan rundingan dan perjanjian tersebut dikatakan merangkumi skop yang terlalu luas, serta beberapa klausa kontroversi yang terkandung dalam draf yang terbocor. Antara perkara-perkara yang menimbulkan pertikaian termasuklah isu kedaulatan nasional, harta intelek, hak pekerja, dan perlindungan alam sekitar.
International League of Peoples’ Struggle mengutuk secara kerasnya kerajaan AS dan kapitalis monopoli yang mengambil kesempatan giat merealisasikan Perjanjian TPP sebagai skim mengenakan kuasa mereka terhadap perdagangan dan pelaburan. Biarpun diwujudkan ‘Bab Alam Sekitar’ dan ‘Bab Pekerja’, kecenderungan tertentu dan kecacatan ‘Bab Pelaburan’ dikatakan bakal memburukkan dan menyulitkan lagi situasi eksploitasi golongan pekerja dan alam sekitar, sebagai jalan penyelesaian bagi meningkatkan keuntungan dan menangani krisis ekonomi dan sosial yang serius.
Sedangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum itu mempertahankan perjanjian TPP bahawa ia bakal menjadi sebuah kawasan perdagangan bebas dengan pasaran hampir 2.7 bilion pengguna dan membantu menyediakan persekitaran perniagaan lebih berdaya saing, dengan menggalakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus serta mempunyai satu bab khusus untuk mengintegrasikan perusahaan kecil dan sederhana dalam rangkaian pembekalan global, pelbagai kritikan hebat terhadap perjanjian tersebut menyebabkan pihak kerajaan turut terpaksa mengambil sikap terbuka terhadap maklum balas dan komen-komen negatif tentang rundingan yang masih berlangsung dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
Di antara perkara-perkara yang hangat dipertikaikan, KPRU khususnya menumpukan perhatian terhadap ‘Bab Pelaburan’ dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada, iaitu Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (“investor-state” dispute settlement, ISDS), di mana klausa-klausa berkenaan menganugerahkan kuasa dan hak undang-undang yang lebih besar kepada perniagaan asing atau syarikat antarabangsa (MNCs). Dengan kata lain, pelabur luar negara berhak mencabar kerajaan di sisi undang-undang sekiranya sistem perundangan atau pelaksanaan dasar dalam negara “menjejaskan” pelaburan dan kepentingan mereka. Mereka juga berhak menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal timbang-tara antarabangsa. Memandangkan korporat-korporat besar kini sedang terlibat secara langsung dalam perundingan Perjanjian TPP yang diadakan secara tertutup, memang ada sebabnya yang menimbulkan keraguan bahawa akhirnya kuasa yang keterlaluan akan diserah kepada korporat-korporat atas nama “perdagangan” dan membuka jalan untuk mereka mengejar dan mencapai kepentingan korporat, pada masa sama meminggirkan kepentingan dan hak majoriti dan negara.[1]
Persoalannya, apakah rasional kerajaan menyertai suatu perjanjian yang memberi kuasa yang keterlaluan kepada syarikat-syarikat asing bagi mencabar undang-undang dan peraturan-peraturan negara kita di luar mahkamah domestik?[2]
Seperti yang sedia dimaklumkan, demi mencapai sasaran pelaburan luar asing, kerajaan BN telah pun membuka pintu dan menerima kemasukan industri yang berisiko tinggi, tanpa mengambil kira keutamaan keselamatan dan kesihatan rakyat. Antara yang amat mendukacitakan termasuklah pelaburan dan kemasukan kilang nadir bumi LYNAS di Gebeng, Kuantan, kilang perlombongan emas yang menggunakan cyanide di Bukit Koman, Kuo Kuang di Pengerang, dan sebagainya. Biarpun rakyat secara tegasnya membantah projek-projek tersebut dengan mengadakan protes dan himpunan, pihak kerajaan masih hanya berpeluk tubuh. Maka, penglibatan Malaysia dalam rundingan Perjanjian TPP seakan-akannya sekali lagi menyerahkan diri ke tangan pihak luar untuk menentukan nasibnya. Apakah kepentingan rakyat akan diutamakan dan terbela sekiranya Perjanjian TPP ditandatangani dan dimuktamadkan nanti?
Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah pun diberi Lesen Sementara Operasi (TOL) dan bermula operasinya biarpun ditolak dengan perarakan besar-besaran dan suara yang begitu lantang di kalangan masyarakat. Kerajaan BN kelihatan tidak langsung mendapat pengajaran daripada kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth di Bukit Merah, Ipoh, malahan sanggup mengulangi lagi ancaman yang bakal memangsakan rakyat jelata. Ancaman yang diakibatkan kilang di Bukit Merah sejak tahun 80-an pada kurun lalu yang masih belum terhenti. Penyakit dan kecacatan yang dialami oleh penduduk setempat seakan-akan mimpi ngeri yang tidak berakhiran. Penduduk di sebuah perkampungan di Bukit Koman Raub pula masih sedang berjuang sejak empat tahun lalu demi nyawa keluarga mereka dari ancaman bahan kimia Cyanide yang amat bertoksik, iaitu yang pernah diberi gelaran ‘agen pembunuh’ ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kini, nagara kita menyertai rundingan Perjanjian TPP yang menganugerahkan hak keistimewaan kepada pihak pelabur dan syarikat besar, implikasinya sudah tentu tidak boleh sekali pun dipandang ringan.
Reaksi luar negara terhadap ISDS
Australia, khususnya, telah menolak klausa yang memberikan hak istimewa kepada pelabur asing bagi mendakwa kerajaan negara. Juga perlu disentuhkan bahawa klausa tersebut turut dikeluarkan dari Perjanjian Perdagangan Bebas AS-Australia, dan juga tidak tergandung dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia.[3]
Keengganan Australia menerima klausa tersebut adalah disebabkan kerajaan Australia pernah dicabar oleh syarikat tembakau gergasi Phillip Morris dengan menggunakan peruntukan dalam perjanjian pelaburan dua hala antara Australia dengan Hong Kong ekoran kerajaan Australia memperkenalkan undang-undang berkenaan pembungkusan biasa.[4]
Kebimbangan juga mucul di kalangan golongan pencinta alam di New Zealand, mereka risau sekiranya Perjanjian TPP ditandatangani, syarikat minyak antarabangsa seperti Shell dan Anadarko mungkin tidak perlu lagi memenuhi piawaian alam sekitar seperti Undang-undang Laut yang ditetapkan di bawah Konvensyen PBB (UN Convention of the Law of the Seas, UNCLOS) dan sekiranya “hak” mereka terhalang kerana kerajaan tertentu melarang aktiviti-aktiviti yang memudaratkan ekosistem laut seperti penggerudian laut dalam, mereka berkemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negara tersebut.[5]
Kes-kes mahkamah sedemikian benar-benar berlaku. Pada bulan 8 November 2012, syarikat gas Amerika Syarikat, Lone Pine Resources Inc., telah memfailkan notis bahawa berhasrat menyaman kerajaan Kanada di bawah peruntukan kontroversi dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (North-American Free Trade Agreement, NAFTA)kerana melarangkan penggunaan “fracking”, iaitu process menggerudi dan menyuntik cecair ke dalam tanah pada tekanan yang tinggi bagi memecahkan batu syal untuk melepaskan gas asli yang terkandung di dalam. Lone Pine Resources Inc. menuntut lebih daripada $250 juta sebagai pampasan.[6]
Selain itu, KPRU turut mengumpulkan beberapa kes mahkamah sebagai rujukan, di mana syarikat transnasional atau multinasional telah menyaman pihak kerajaan dengan menggunakan peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (North American Free Trade Agreement, NAFTA) dalam isu berkaitan dengan alam sekitar.
Jadual 1: Kes dan Tuntutan di bawah NAFTA
SyarikatTempatTuntutan spampasan ($AS)Status kesIsu-isu
Ethyl14 April 1997* UNCITRAL$250 milionKes diselesaikan; Ethyl menang dan mendapat $13 milionSyarikat kimia Amerika Syarikat mencabar kerajaan Kanada ekoran mengharamkan penggunaan petrol tambahan MMT atas pertimbangan pemeliharaan alam sekitar.Pada Julai 1998, Kanada kalah dalam perbicaraan dan diperintah menarik balik pengharaman tersebut dan membayar $13 milion sebagai pampasan ganti rugi dan yuran guaman kepada Enthyl.
S.D. Myers22 Julai 1998*30 Oktober 1998**UNICITRAL$20 milionS.D. Myers menang dan mendapat $5 milionSyarikat rawatan sisal Amerika Syarikat mencabar pengharaman Kanada sementera terhadap eksport PCB bagi mematuhi perjanjian alam sekitar pelbagai hala mengenai perdagangan sisa toksik.
(Exxon) Mobil Investments and Murphy Oil2 Ogos 2007*1 November 2007**ICSID$60 milionMobil menangSyarikat minyak Amerika Syarikat mencabar garis panduan tentang penyelidikan dan perbelanjaan pembangunan yang diadakan oleh Lembaga Petroleum Luar Pesisir Kanada-Newfoundland yang mewajibkan firma pengeluaran minyak membayar yuran sebagai sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D)di wilayah termiskin di Kanada. Hal ini demikian kerana pembangunan telaga minyak pesisir luar di wilayah tersebut dilihat jauh lebih besar daripada jangkaan selepas suntikan dana awam dan swasta yang signifikan dan perkembangan tersebut menyebabkan kerajaan mengadakan pelbagai langkah berkenaan. Penuntut NAFTA menyatakan bahawa garis panduan tersebut telah melanggari peruntukan NAFTA.Pihak pelabur menang dalam kes tersebut namun amaun denda tidak diumumkan bagi pengetahuan masyarakat.
Waste Management30 Jun 1998*29 September 1998**
Dikemukakan semula: 28 September 2000
ICSID$60 milionDiberhentikanSyarikat pelupusan sisa gergasi Amerika Syarikat mencabar pembatalan konsesi pelupusan sisa oleh City of Acapulo. Kes ini turut dikatkan dengan fungsi mahkamah Mexico dan tindakan bank-bank kerajaan Mexico.
*Menunjukkan tarikh Notis Niat difailkan
** Menunjukkan tarikh Notis Timbangtara difailkan
Menurut maklumat yang terkumpul oleh Public Citizen[7], sejumlah 80 kes tuntutan telah difailkan di bawah perjanjian NAFTA atau perjanjian perdagangan antarabangsa yang serupa, 17 kes diberhentikan dalam proses perbicaraan dan 13 kes pula dimenangi oleh pihak pelabur asing dengan sejumlah $379.7 milion terpaksa dibayar sebagai pampasan kepada pelabur tersebut.
Latar belakang Perjanjian TPP
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ialah cadangan perjanjian perdagangan bebas yang melibatkan 11 negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Malaysia, Singapura, Brunei, dan Vietnam. Pada 15 Mac 2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan minatnya untuk menyertai perundingan TPP. Korea Selatan pula diundang oleh AS untuk mempertimbangkan penyertaannya dalam perundingan tersebut. Walau bagaimanapun, Korea Selatan telah menolak undangan tersebut buat ketika ini dan masih membuat pertimbangan di samping memantau perkembangan, memandang ia telahpun mencapai perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Amerika Syarikat.
Perjanjian yang kelihatan multilateral ini lebih merupakan set-set perjanjian ‘bilateral’ antara Amerika dengan negara anggota TPPA berdasarkan ‘template Amerika’. Maka, wujudnya keraguan bahawa cadangan Perjanjian TPP ini ialah tunggak usaha Washington bagi memacu pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.
Perundingan Perjanjian TPP yang dilancarkan sejak tahun 2010 di bawah pentadbiran bekas presiden AS George W. Bush, merupakan perkembangan dari Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasific (TPSEP atau P4) pada tahun 2005 yang ditandatangani di antara Brunei, Chile, New Zealand dan Singapore, yang bertujuan meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.
Perjanjian TPSEP atau P4 berkuatkuasa pada tahun 2006. Dengan pelaksanaan perjanjian tersebut, kebanyakan tarif yang dikena pada barangan perdagangan telah ditarik balik serta-merta, yang lain pula akan dihentikan secara beransur-ansur. Misalnya, P4 telah menghapuskan duti setinggi 92 peratus  yang dikenakan pada barangan eksport dari New Zealand ke Brunei dan 90 peratus barangan eksport dari New Zealand ke Chile.
Jadual 2: Keahlian dalam Perjanjian TPP
NegaraStatusTarikh permulaan perundingan
BruneiPenandatanganan asalJun 2005
ChilePenandatanganan asalJun 2005
New ZealandPenandatanganan asalJun 2005
SingaporePenandatanganan asalJun 2005
Amerika SyarikatDalam perundinganFebruari 2008
AustraliaDalam perundinganNovermber 2008
PeruDalam perundinganNovermber 2008
VietnamDalam perundinganNovermber 2008
MalaysiaDalam perundinganOktober 2010
MexicoDalam perundinganOktober 2012
KanandaDalam perundinganOktober 2012
JepunDalam perundinganMac 2013
Negara-negara yang terlibat dalam perundingan TPP tidak mendedahkan mana-mana teks atau isi kandungan perundingan untuk pengetahuan awam. Satu-satunya  informasi yang didapati oleh masyarakat awam ialah isi kandungan dalam draf perjanjian yang terbocor. Kerahsiaan perundingan perjanjian TPP hangat dipertikaikan memandangkan perjanjian tersebut meliputi skop yang luas dan bakal mendatangkan implikasi signifikan terhadap beberapa aspek, termasuklah ekonomi dan harta intelek (intellectual property) di seluruh dunia, dan dikhuatir berkemungkinan besar menulis semula peraturan antarabangsa atas penguatkuasaan dalam aspek tersebut.
Draf teks yang terbocor menunjukkan salah satu bab dalam perjanjian tersebut adalah mengenai harta intelek yang merangkumi hak cipta, cap dagangan, paten dan mungkin juga petunjuk geografi, melangkaui dari sektor farmaseutikal ke infomasi digital. Ia dilihat akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebebasan bersuara dan hak kepada privasi atau kesulitan, serta menjadi suatu halangan kepada inovasi kreatif. Contohnya, draf terbocor pada Februari 2011 mengenai hak harta intelek telah mendedahkan bahawa perunding AS giat menggerakkan penggunapakaian pengawalan hak cipta yang jauh lebih ketat berbanding dengan permintaan perjanjian antarabangsa yang lain, seperti Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan (Anti-Counterfeiting Trade Agreement, ACTA) yang penuh dengan kontroversi.
Di samping itu, dokumen terbocor juga mendedahkan bahawa perunding sedang mengadakan peruntukan yang menetapkan peraturan bagi mengehadkan penguatkuasaan badan perundangan negara dan keputusan Kongress mengenai bidang-bidang tertentu. Selain daripada bidang hak harta intelek seperti paten dan hak cipta, sektor lain yang akan terjejas termasuklah pelaburan dan penggunaan tanah, peraturan sektor perkhidmatan, keselamatan produk dan makanan, persaingan korporat, tenaga buruh, piawaian atau standard alam persekitaran dan perkhidmatan kewangan. Semua negara yang menandatangani perjanjian tersebut dikehendaki mematuhi dan mengakuri peruntukan dalam perjanjian tersebut, biarpun bercanggah dengan dasar-dasar dan undang-undang domestik.

No comments:

Post a Comment